fbpx

Amang Seksual: PU Azman Dipenjara 7 Tahun, 2 Sebatan

Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dua tahun lalu.

Memetik Kosmo, Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas Azman mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut. 

BACA: PU Azman Dah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan awam melebihi faktor kepentingan tertuduh sendiri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap dua mangsa lelaki berusia 16 dan 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di rumah di Nilai antara 8.30 malam hingga 5 pagi pada 5 Februari 2022 dan 6 Julai 2022.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah ketika rayuan memberitahu, anak guam mereka seorang duda dan brgelar pendakwah selebriti dengan pendapatan diperoleh hasil  berkongsi ilmu agama.

SUMBER: Kosmo