fbpx

Aman Graseka Tolak Berlakon Adegan Atas Katil

Pelakon Aman Graseka berkata dia menolak berlakon babak intim terutamanya membabitkan dengan isteri orang memandangkan usianya sudah masuk alam ‘senja’.

Memetik Astro Gempak, aman berkata dia perlu berhati-hati dalam memilih watak bagi menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya yang kini semakin dewasa.

BACA: Aman Graseka Tak Malu Jual Jellyball

“Saya akui zaman muda apa sahaja babak saya tak bawa, jadi bila dah berusia sebegini saya fikir dah tak nak dah pegang watak atas aktil dengan perempuan lain lagi-lagi dengan bini orang.

“Sekalipun dapat tawaran bapa, kalau ada anak saya akan tanya pengarah anak lelaki atau perempuan. Kalau perempuan memang saya akan tolak walaupun pengarah kata ‘ala bang cuma salam-salam je’ saya tak nak,” katanya.

Sementara itu, Aman berkata dia tidak berfikir panjang menolak tawaran tersebut dan tidak pernah kecewa berbuat demikian serta percaya kepada rezeki.

“Saya tak ‘ralat’ langsung.. pada saya sudah tak sesuai untuk saya lakukan babak sedemikian. Cukup-cukupla zaman muda dahulu… Dah banyak dosa saya buat.

“Rezeki itu luas. Bukan kita tolak satu tawaran, semua rezeki kita akan hilang. Alhamdulilallah saya senang dengan cara sekarang. Kalau tak silap saya lebih kurang 10 tawaran saya telah tolak setakat ini membabitkan watak atas katil,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak