Usia semakin meningkat, penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia dan suaminya, Datuk Ramli MS kini lebih banyak isi masa dengan mendalami ilmu agama bersama-sama.

Menurut Alyah, mereka saling memperbaiki diri demi mengekalkan ikatan perkahwina yang dbini lebih tujuh tahun lalu. Akui kehidupan rumah tangga ada pasang surutnya, namun hubungannya dengan suami kini bertambah baik.

BACA: Suami Suka Tatap Wajah Alyah Bila Bangun Pagi

“Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah macam memaksa diri sendiri. Tidak dinafikan dalam rumah tangga akan ada up and down. Orang dekat luar pun get ready saja, bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita.

“Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi. Untuk apa? Semua untuk memecah-belahkan rumah tangga,” katanya.

Kata Alyah, rohaninya lebih kuat apabila mendekatkan diri dengan agama dan pad masa yang sama kekal sabar dalam menghadapi ujian. Dalam pada itu, Alyah memberitahu dia mempunyai perancangan untuk bersara daripada dunia seni.

“Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa dulu tak ada media sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu tetap menunggu bapa saya. Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka.

“Jujurnya saya memang tak akan menyanyi sampai tua. Apa pun, kita tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui. Ini keputusan yang terbaik dan saya memang tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun,” katanya.