fbpx

Alya Iman Dedah Kini Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

Belum reda kontroversinya dengan bekas teman lelakinya yang berstatus suami orang, pelakon baru Alya Iman mengesahkan fotonya bersama seorang lelaki yang tersebar di media sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli.

Pelakon berusia 19 tahun itu mengatakan teman lelakinya itu sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.

BACA: “Saya Masih Muda & Naif, Saya Minta Maaf”

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.

“Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Alya berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka. Ujarnya lagi, dia tidak akan menyembunyikan sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin kelak.

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.

“Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan,” katanya lagi.

Semalam, Alya memohon maaf secara terbuka menerusi Insta Story miliknya. Alya berkata dia masih muda dan pernah melakukan kesilapan namun dia percaya bahawa Allah itu maha adil.

Terdahulu, Alya mendakwa sudah bertunang dengan lelaki berstatus suami orang pada 27 Februari lalu. Namun memutuskan pertunangan sebulan kemudian. Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri bekas kekasihnya tersebut membongkar hubungan sulit suaminya.