Alya Iman Akui Hilang Arah Selepas Kehilangan Bapa
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon baru Alya Iman meluahkan rasa rindu terhadap bapanya pelakon era 80-an Allahyarham Azmin Mustapha yang meninggal dunia dua tahun lalu.
Alya berkata pemergian bapanya itu memberi kesan mendalam kepadanya dan dia seperti hilang arah kerana selama 17 tahun bapanya berada di sisinya melihat kejayaannya serta melalui kesusahan bersama.
BACA: Alya Iman Lupakan Suami Orang, Kini Bahagia Dengan Kekasih Baru
“Saya kehilangan kekuatan saya pada dua tahun lalu, dia satu satunya penyebab saya jalani hidup setiap hari. 17 tahun yang luar biasa hidup bersama dia melalui semua pencapaian dan kesusahan saya.
“Ada ketika di mana kita hanya ada roti untuk dimakan dan terpaksa bekerja siang dan malam tapi ada juga hari kita nikmati makanan kegemaran bersama dan pergi berjalan-jalan.
“Bagi saya kehidupan hanya bekerja keras untuk dia dan menyediakan apa yang saya mampu. Tapi selepas dia meninggalkan kita, saya tidak tahu apa sebenarnya kehidupan sehingga hari ini,” tulisnya.
Alya berkata meskipun bapanya sudah tiada, namun dia tetap berpegang pada pesanan bapanya yang sentiasa mengajar supaya meletakkan kepercayaan kepada Allah.
“Dia mengajar saya bahawa Allah akan sentiasa ada untuk anda melalui semuanya kalau anda setiasa percaya kepada-Nya. Hari Ini sepatutnya usia dia sudah mencecah 67 tahun kalau dia masih hidup, saya terlalu rindukannya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
So ko hilang arah ko kebas laki orang ek. Kalau hensem ok jugak ni hmmmmmmmm.
bukan dia dgn bapa tirinya ke?
penat org jaga dia retis juga gayanya. yg disanjung2nya nak terkenal.
so lepas hilang bapa kau melacur? itu cara kau tunjuk kau sayang dia? rindu dia? gadai maruah kau untuk jumlah wang? mesti dia sedih tengok kau kan
Bukan dia heran sgt pun dgn jantan boroi hodoh tak sedar diri dah berbini tu, jantan tu yg tergila2 kat dia sanggup berhabis duit..,bila ditinggalkan tup tup claim kena kikis…padan muka.
Hmmm…agak bahasa english tak berapa nak best, type je bahasa ibunda lebih elok…taught and thought bunyi sama tapi tak semestinya serupa…
tak minat…..next. mana berita pasal lofa bertunang? lambat lah RK
Lofa berisik pun mesti buat announcement ke makcik nak tahu? Bukan ke bertunang kne syhhh syhhh…Dah bernikah nnti baru buat announcement kuat2. Ade ostazah sini tak? Tu jek nak tanye.
‘anonymousjugak’… sbb org cam ko la sesetengah org kita x confiden nk berbahasa inggeris end up xde improvement sampai ke tua..kalau kita x cuba berckp & menulis takkan jd lancar… practice makes perfect.. since ko ni prihatin sgt, pm lah dia dan betulkan caption tu..
biar la dia nak oh my english pon. at least she tried. dr engko anon, apsal ko xtulis semua dalam english ko punya comment kalo teror sgt. dik oi, bawak bawak bertaubat, usah di kenang benda yg lps.
hilang bapa, hilang arah, hilang dara, hilang maruah….
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa.
Ia tak dapat dijual-beli,
Ia tiada di tepian pantai.
vivie, rotikaya takkan keluar dah cerita pasal neelofa selepas lofa saman dia hari tu.. tahun 2018 kalau tak silap.. hihihihi
Girl, english girl. Baik kau sambung study dari asyik scandal dgn laki org
patut laa takda langsung artikel lofa, rotikaya kena saman rupanya hehe