fbpx

Alvin Chong Cuba Elak Diri, Bimbang Ajak Emma Keluar

Ramai mengetahui hubungan rapat antara pelakon Alvin Chong dan Emma Maembong, sehinggakan ada yang mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa kerana saling membuat kejutan antara satu sama lain.

Bimbang orang sekeliling salah faham dengan keakraban mereka, Alvin mengakui takut untuk keluar dengan Emma Maembong walaupun mereka sekadar hanya sekadar kawan rapat sahaja.

BACA: “Bersunat Dulu Kalau Mahu Berkawan Dengan Emma”

“Kami pernah keluar bersama tetapi bukan berdua kerana turut ditemani pengurus serta rakan.Namun, tetap ada individu yang tidak peduli biarpun ada orang lain bersama kami.

“Asalkan nampak kami bersama, pasti ada salah anggap dan ingat kami bercinta,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alvin lagi, dia mengambil pendekatan mengelak diri supaya tidak timbul masalah antaranya dengan Emma.

“Saya cuba elak diri kerana tidak mahu menimbulkan masalah di antara saya dan Emma. Oleh itu, saya bimbang mengajak dia keluar sekali lagi,” katanya.

Alvin dan Emma mula menjadi sahabat baik sejak membintangi bersama dalam drama Awak Suka Saya Tak dan mereka dikatakan hangat bercinta selepas hubungan Emma dan Kamal Adli putus.