fbpx

Altimet Tak Selesa Dipanggil YB, Karier Seni Dah Tamat Sejak 2019

Memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu, penyanyi rap Altimet mengakui masih tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Altimet mengucapkan terima kasih buat sokongan diberikan serta meminta orang ramai mendoakan buat dirinya yang akan bertugas sebagai wakil rakyat Lembah Jaya.

BACA: Altimet Serah Royalti Aduh Malaysia Kepada Waris P.Ramlee

“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang,” katanya.

Menurut Altimet, dia akan berusaha melaksanakan beberapa manifesto yang diusulnya serta memastikan kebajikan masyarakat akan terus diperjuangkan.

“Terus menyanjung adat resam dan amalan budaya asal dikalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita.

“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membetuk karier yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perjalanan karier seninya yang menerima pandangan sinis masyarakat, Altimet berkata dia mahu buktikan dengan tanggungjawab yang akan dilaksanakan sebagai wakil rakyat.

“Bagi karier seni saya, ia sudah ditamatkan pada 2019 lalu. Manakala, berhadapan pandangan sinis masyarakat pula, tiba masa saya buktikan sebaliknya dengan cara kerja yang akan dilaksanakan,” katanya.