Baru-baru ini, perkongsian pengacara Nazrudin Rahman menjadi perhatian ramai apabila memberi pendapat mengenai isu lelaki ‘alpha’.
Menerusi satu perkongsiannya di Twitter, Nazrudin menegur ‘wannabe alphas’ serta mengatakan aplha sejati tidak menguar-uarkan tentang diri mereka di media sosial. Nazrudin turut menegur supaya tidak keliru mengenai lelaki alpha dengan sikap kurang ajar.
BACA: “Masa Ngorat Fatin, Tak Banyak Usaha Sangat Pun” – Suami Fatin Afeefa Anggap Diri Lelaki ‘Alpha’
“Kepada ‘wannabe alphas’, alpha sejati tidak menggembar-gemburkan di TikTok mengenai tahap alpha mereka.
“Lelaki sejati memahami rasa ketakutan, bukan lari atau mengelak daripadanya. Lelaki sejati punya kawalan, tetapi pada masa sama mengakui sekiranya timbul rasa tidak selamat.
“Jangan keliru antara menjadi lelaki alpha dengan kurang ajar,” tulisnya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon, Fatin Afeefa, Aliff Awang yang berkonsikan dia tidak bersungguh mengenai untuk mengurat Fatin sebaliknya isterinya yang banyak usaha.
Aliff turut menjelaskan mengenai lelaki yang dominan,‘ alpha’ dimana wanita lebih tertarik kepada lelaki seperti itu. Bagaimanapun, kenyataan suami Fatin Afeefa itu menimbulkan rasa kurang senan netizen.