fbpx

Along Cham Kembali Bergelar Suami Selepas 8 Tahun Menduda

Tahniah diucapkan buat pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad kembali bergelar suami selepas lapan tahun hidup menduda.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Along di Instagam miliknya petang tadi. Menerusi entri itu, Along dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.

BACA: Temui Pengganti, Along Cham Bakal Nikah Lagi?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??O?G ???? (@alongcham)

Dalam perkongsian itu, pasangan itu juga dilihat menggenakan busana serba putih. Namun Along tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkahwinannya itu.

“Bismillah. Assalamualaikum Sayang. Berkat doa kalian selama ini,” tulisnya.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010 namun bercerai pada 2016.  Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel kini berusia 13 tahun.