Bagaikan tidak ada penghujung, kritikan terhadap bentuk badan pelakon ini bagaikan tidak berkesudahan. Namun bagi Almy Nadia, dia kini sudah tidak ambil peduli dengan perkara tersebut.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
“Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka. Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia”
“Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya,” kata Almy yang turut mengurangkan pengambilan makanan manis kepada BH Plus.
Almy Nadia kini sedang hamil enam bulan anak kedua hasil perkongsian rumahtangganya bersama Fizz Fairuz. Tindakan Almy tidak menghiraukan kritikan di laman sosial adalah satu tindakan bijak sekaligus dapat mengelakkan perasaan tertekan ketika mengandung. (rtky/s)