fbpx

Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Keempat

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang selamat menimang cahaya mata keempat mereka.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Fizz berkongsikan Almy selamat bersalin pada jam 3.49 pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta ibu negara.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

Berkongsi gambar bersama isteri dan anak keempatnya, Fizz meluahkan rasa syukur proses bersalin isterinya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan. Bagaimanapun, Fizz tidak mendedahkan jantina anak keempatnya itu.

“Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin, 4-0 keputusan sekarang hehe,” tulisnya.

Perkongsian Fizz itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan syukur proses bersalin semuanya selamat.

Tahun lalu, Almy atau nama penuhnya Almy Nadia Aminuddin Shah mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat sebelum dikurniakan bayi keempat berkenaan