Almy Nadia Mengidam Buah Kundang & Diganggu Makhluk Halus
“Saya teringin sangat nak makan buah kundang. Sebelum ini nak makan telur penyu sudah dapat tapi untuk dapatkan buah kundang, sehingga sekarang masih tidak jumpa,” kata Almy Nadia yang kini sarat mengandung lapan bulan.
Selain menumpukan perhatian kepada kandungan, Almy Nadia dalam masa yang sama juga kini menguruskan jadual suaminya sepenuh masa.
BACA: Kandungan Semakin Besar, Almy Nadia Alahan Nasi dan Makanan Melayu
“Buat masa sekarang saya berhenti sekejap daripada berlakon. Selepas lahirkan anak, saya akan mula kembali berlakon seperti biasa,” katanya lagi sambil menyatakan mahu kembali amalkan diet dan menjaga badan selepas bersalin kelak.
Sepanjang proses kehamilannya itu, Almy juga telah membongkarkan satu peristiwa yang agak ganjil dan menakutkan diri serta suaminya sendiri apabila suatu malam ketika berada keseorangan di rumah dia telah ditegur oleh suatu makhluk halus yang boleh dikatakan sebagai pontianak semasa berada di biliknya.
Walaubagaimanapun, Almy ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk terbabit sehinggalah dia mengalami bengkak-bengkak di bahagian tangannya.
“Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja”
“Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya ‘ditegur’ oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya,” tambahnya. (rtky/hfz)
betol.. aku masa pregnt pun kna mcm almy ni.. sbb nk blk umh lalu tmpt “diorg” terus ada bintik2 merah 1 bdn.. jenuh g klnik x baik2.. last g jumpa ustaz ni.. dia kta kna bnda halus.. dia bg air n bedak sapu kt bdn.. alhamdullilah sume ok dlm 2-3 hari je…
pontianak or kuntilanak? – kedaionlinemy.com
Apapun biarlah kita selalu banyak2 baca Al Quran, untuk anak dlm kandungan dan elakkan gangguan pelek2 tu…insyaallah!!
Hish menakutkan… dia tegur tu kenapa ya. Kalau kita x pergi berubat dengan ustaz, apa jadi ?
Jadi kuat ????????????
Saja tegur kot… Nak berkenalan
Hahaha Nak berkenalan konon
cuba kupas sikit pasal isu “tegur”?
ni yg malas baca velog gossip, cerita sangkut2.
ketuk tingkap…pas tu masuk rumah?
eh tapaham la hakak.
……kalau rumah tepi highway org selalu dtg ketuk ke?
meremang pulak bulu tengkuk bila baca cerita Almy ni…
ni yang takut duduk sorang-sorang kat rumah ni…
Pergi le beli CD ayat2 suci kat Jln Mesjid India tu atau pon download mp3 dlm henset, sis….pasang. Sambil buat kueh kekodok petang2 tu, sambil dengar tu. Barulah rumah kan “bersih”. Hantu dengar tu terus lari lintang pukang.
aku pernah mengalami kejadian yg agak samer. satu malam lepas hujan dlm pkl 10pm sambil nengok tv, rumah berbau asap rokok. aku tak hisap rokok. member2 pun x hisap rokok sumer gegirl. diaorang sumer keluar dating jumpa bf. aku sorang. rasa macam ada angin je lalu…badan2 naik seseram gitu. rasa tak sedap seraya bangun pergi toilet. tiba2 pintu diketok campur bunyi cakaran.
aku selamba ingat member balik…aku rasa selamat. bila aku bukak pintu….ya rabbi terkejut aku wehhhh…..yg muncul tu…..
Pernah kena gak..br hbs cuti kawin..g meeting kt penang n bhenti utk sarapan kt rnr (x pasti nama) da nk smpi penang cm miang2 bdn..tahan je la smpi blk rmh..byk bengkak2 kecil 1 bdn..da la tinggal sorang, 1030 pm ada plak dgr ketukan kt pintu bilik..pasang tv kuat2 sapu calamine lotion x jalan gak..bgn pg subuh tgk muka da x serupa org..adoi!! Msk wad 4 jam doktor bg injection..tp msk maghrib jd blk..hb rushing blk outstation bw blk kg n haji kata da kena tegur dgn pontianak.. dpt air tawar terus elok..4 hr gak la kena tahan bengkak..
Tumpang lalu , tolong citer sampai habis boleh?punya excited aku baca last2 tergantung ni…kang bagi hantu bocey kan baru tau…
Saya bekerja secara online. Bonus saya dibayar 3 kali sebulan. Anak & isteri mewarisi pendapatan saya. Saya dilindungi insurans RM100,000. Bil handphone saya free. Saya tak jual topup, tapi bila orang topup di mana-mana pun saya dapat komisyen sampai 26%. Lagi best bila perniagaan yang saya buat ni dilakukan juga oleh pakar kewangan & jutawan di Malaysia, malah diiktiraf oleh LPKPM. Daftar percuma supaya anda pun dapat peluang yg sama:
http://bit.ly/1tCibuf
dlm byk2 komen, komen ni paling tak seram :D
Aku pn pernah kena kacau pontianak pd awal kehamilan..walaupun aku tak nmpk, tp suara mengilai tu mcm dekat j dgn aku..bkn 2 aje Kdg2 bunyi tapak kaki berjalan diluar bilik, adakala suara menyerupai biras aku memanggil nama aku, bila ditanya pd biras aku die kata x d panggil aku. bukan setakat realiti j kena kacau dlm mimpi pn ade,,siap bergaduh dgn pontianak terkumat kumit aku bce ayt qursi smp laki aku kejutkn aku dr tidur sehingga usia kandungan aku 3 bln aku minta laki pindah duduk rmh mak aku, sblm 2 aku duduk rmh mak mertua. Rmh kampung 2 tingkat, bilik atas.. sblm ni bilik atas dh bertahun2 x digunakn
Aku baca ni lagi berapa min jam 12…midnight shift…bilik sejuk…sunyi x break weh! gossip apakah hari ini…dah mcm baca column mistik…alah!!!
Assalamualaikum .. bg sy apa yg berlaku dgn kak almy ney adalah perkara biasa .. kenapa sy cakap bgtu .. sbb sy pernah mngalaminya juga .. sy ada satu tips lah utk elak gangguan ney .. in shaa Allah bermanfaat ..
1. Jgn tinggal solat
2. Sentiasa berzikir
3. Istighfar
4.mngucap kalimah syahadah
5.sebelum tidur bacalah surah 3 qul .. ayat qursi .. dan al fatihah .. kalau boleh baca bismillahirrahmanirahim tu 20 kali .. atau zikir subhannAllah .. alhamdullilah n Allahuakbar ..
6. Paling bagus berwuduk sebelum tdur
Itu sja lah tips yg sy boleh bagi .. :)
Percaya sama Allah ..
Bila bulan mengambang pakngah yg blik..
Ade org hilang anak dlm kandungan, so berhati2lah. Almy dah tembam skrg, jaga sikit makan tu, jgn makan utk 2 org nanti lepas bersalin susah nak turun berat badan tu…
Comel time mengandung..
pasal benda halus tu elok2 emy bukak lh bacaan yassin utk elakkn dr benda tu.. elok2 jg diri..
Allahuakbar
Biasalah time ni…semua terasa macam permaisuri…mesti dilayan sebaik mungkin…
Alaa..benda² mcm ni mmg wujud..mase dlm pantang dulu mmg ade benda menegur baby..mase tu anak sedara duduk kat ruang tamu sambil main² dgn baby..dia rekod video mase dia agah² baby…biler dia dengar blk, ade suara lain pggl baby..mmg jelas sgt…tanye jgk kat ustaz takut ade gangguan kat baby..maklum la bdk kecik kan nampak..tp dia kate benda tu just lalu & tegur je..xde ape²..alhamdulillah xde yg memudaratkan..