fbpx

Almy Nadia Jalani Pembedahan Buang Cyst, Doktor Sahkan Hamil Luar Rahim

Perkongsian pelakon Datuk Fizz Fairuz menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video isterinya, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.

Memetik mStar Online, Fizz memaklumkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil luar rahim.

BACA: Fizz Fairuz Sebak, Syukur Almy Nadia Tampil Berhijab

Menurut Fizz, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat lalu. Katanya lagi, cyst tersebut perlu dibuang dengan segera menerusi pembedahan kerana bimbang ianya akan pecah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” katanya.

Dalam pada itu, Fizz memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan dimaklumkan pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.

Katanya lagi, pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatan dan kandungannya.

“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.

“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” katanya.

Kata Fizz lagi, keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah badan sejak kebelakangan ini. Fizz berkata isterinya menunjukkan simptom seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.