fbpx

“Allah Masih Tutup Aib Anda” – Ibu Aliff Aziz

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat ada memuat naik posting mendedahkan menerima kata-kata hinaan dari netizen susulan isu anaknya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiza berkata kata-kata hinaan itu bukan saja dilemparkan kepada mereka sahaja malah kepada ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

BACA: Ibu Aliff Aziz Unfollow Bella Astillah, Posting Tentang Aib Jadi Perhatian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

“Ramai yang mesej saya dan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya. Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada.

“Hanya kami mohon pada saudara seislam hentikanlah kata-kata kesat ke atas Allahyarham ibu dan ayah saya dan juga Allahyarham orang tua suami saya.

“Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini. SubhanAllah,” tulisnya.

Sementara itu, Hafiza berkata dia dan suami akan berlapang dada menerima setiap kata-kata netizen serta memaafkan mereka diluar sana meskipun tidak pasti dengan kebenarannya.

“Jika ingin menghina… hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah.

“Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.

“Yakinlah Allah mash menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita,” tulisnya.