fbpx

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza didakwa sudah tidak lagi mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah di Instagram. Bagaimanapun, Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya itu.

Turut menjadi perhatian, perkongsian Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ menjadi perhatian netizen.

BACA: “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…” – Aliff Aziz Mohon Maaf

Diruangan komen perkongsian itu, ada yang meminta agar Hafiza supaya berhenti menyebelahi anaknya dan lebih baik jika berdiam diri serta tidak memuat naik hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Hafiza sekeluarga serta dipermudahkan urusan.

SUMBER: BH Online