fbpx

“Allah Ada, Aku Tak Perlukan Manusia” – Madu Marissa Dania

Nampaknya kemelut mengenai rumah tangga Misya Mazlan dan suami Aslam yang didakwa telah berkahwin dengan pempengaruh media sosial. Marissa Dania masih belum reda.

Baru-baru ini menerusi video di TikTok, Misya berkata dia tidak memerlukan manusia kerana ada Allah dan apabila bersedih dia akan mencari ketenangan dengan membaca Al-Quran.

BACA: “Tak pernah Terfikir Akan Sampai Macam Ni…” – Misya Mazlan

@fazsfaozibeaute

Bulan Ramadhan bakal tiba beberapa hari je lagi. Hari ni kita nak share dengan semua followers antara surah yang sesuai untuk mereka yang menghadapi ujian dan di dalam kesedihan. ? Surah favourite Misya adalah surah Al-Insyirah, cukup indah maksud surah ni tau. Hopefully sedikit sebanyak kita pun mendapat inspirasi dan mengamalkan surah ini. ?? Btw, siapa nak tips makeup untuk look ni? ?????

? original sound – fazsfaozibeaute – fazsfaozibeaute

“Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu, Allah ada aku tak perlukan manusia. Jadi bila kita sedih, buka Al-Quran baca dan teliti ayat-ayat,” katanya.

Menerusi video itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengalunkan ayat daripada surah Al-Insyirah serta mengatakan surah itu memberi banyak makna pada dirinya.

“Yang Misya suka adalah surah Al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu,” katanya.

Sejak semalam tular di media sosial memaparkan butik pakaian muslimah menampilkan pempengaruh media sosial, Marissa Dania dan suaminya, Aslam sebagai model. Malah, isteri Aslam iaitu Misya Mazlan turut menjadi model jenama tersebut.