fbpx

Aliran Pam Perlahan? PETRONAS Jawab dan Perjelaskan Apa Yang Berlaku…

Masih ingat dengan video viral insiden di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang dikatakan telah ‘menipu’ pelanggan dengan aliran pam perlahan yang tersebar baru-baru ini?

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) tampil ke hadapan dan memperjelaskan apa yang terjadi sebenarnya melalui website rasmi PETRONAS Brands.

Menurut PDB, setelah pihak KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn, Bhd menjalankan ujian di stesen PETRONAS yang terlibat, dengan sukacitanya pihak terbabit telah mengesahkan bahawa tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar seperti yang didakwa.

Malah, mereka turut menjelaskan bahawa masalah teknikal yang dialami ini tidak akan memberi perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi sebaliknya hanya berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam sahaja.

Tidak melengahkan masa, pihak PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih pam dan kini ia telah beroperasi seperti biasa.

Malah, mereka turut menegaskan bahawa semua pam di stesen PETRONAS sentiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak akan menjejaskan kuantiti isian seperti yang diperkatakan.

Dalam masa yang sama, PDB turut memohon agar orang ramai tidak lagi menyebarkan maklumat palsu seperti ini dan pada masa yang sama, PDB sangat menghargai maklum balas pengguna.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email [email protected].