fbpx

Aliff Syukri Tayang Badan Sado, Makin Berotot

Lama tak dengar cerita tentang usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, rupanya dia sedang sibuk membina badan di pusat kecegasan.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Aliff berkongsikan dia sedang bersenam di gim dengan melakukan beberapa jenis senaman seperti mengangkat bebanan.

BACA: Bagi Tips Isteri Cepat Hamil, Aliff Syukri Dikecam Netizen

Aliff juga turut menunjukkan perubahan bentuk badannya yang dahulu berisi namun kini lebih berotot apatah lagi selepas berjinak-jinak ke gim.

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka pasti ada saja tak kena di mata netizen dengan perkongsian Aliff itu. Ada yang mempersoalkan cara senaman yang ditunjukkan oleh Aliff dikatakan tidak sesuai.

Tidak kurang juga, ada yang menegur tentang aurat lelaki serta seluar yang dipakai oleh usahawan itu juga dikatakan tidak bersesuaian.