Jika tahun lalu, majlis hari lahir jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri semenangnya cukup mewah dan meriah dengan tema bollywood, namun untuk sambutan hari lahir yang ke-32 kali ini tampil cukup berbeza dan diadakan secara sederhana.
Majlis kejutan yang dibuat oleh isterinya, Datin Shahida itu hanya disambut bersama keluarga, kenalan rapat dan kakitangannya sahaja. Lebih manis, acara itu juga turut dihadiri oleh ibu tercinta iaitu pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.
BACA: Netizen Desak Aliff Syukri Padam Video Kuda Mengawan
https://www.instagram.com/p/Bvy1PHWgHhM/?utm_source=ig_embed
Majlis hari lahir tersebut cukup indah dengan alunan zikir daripada anak-anak tahfiz dan nyanyian nasyid daripada Hafiz Hamidun.
Selamat ulang tahun kelahiran kami ucapkan dan semoga segalanya dipermudahkan. Kami kongsikan sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.