fbpx

Aliff Syukri Luah Rasa Syukur Bakat Nyanyiannya Dihargai

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Aliff dilihat ada memuat naik ‘teaser’ single tersebut bersama pengikutnya. Meskipun tidak berkongsikan judul lagu itu, namun ramai tidak sabar menantikan.

BACA: Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Ramai Dah Tak Sabar Nak Dengar

Dalam satu entri terbaru, Aliff turut mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya. Malah, Aliff meluahkan rasa syukur akhirnya ramai yang menghargai bakat nyanyiannya.

Kata Aliff lagi, lagu rayanya itu akan akan disiarkan pada Isnin depan menerusi saluran YouTube miliknya, TV Terlajak Laris.

Terdahulu,  Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.