fbpx

Aliff Syukri Luah Perasaan Sedih Bapa Meninggal

Takziah diucapkan kepada bapa Datuk Aliff Syukri yang meninggal dunia malam tadi. Berita sedih itu dimaklumkan Aliff menerusi laman Instagram. Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa sedih diatas pemergian itu.

BACA: Isu Video Tunjal, Aliff Syukri Terpaksa Pulangkan Anak Angkat

Tulis Aliff, beliau bagaikan tidak percaya bahawa bapanya kini sudah tiada lagi. Malah jelas Aliff, terlalu banyak pengorbanan dan jasa bapanya dahulu tidak terbalas olehnya sehingga nafas terakhir bapanya.

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini, saya seakan tak percaya abah tak ada lagi. Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu, abah lah orang kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini”

“Bila saya buat Dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun. Abah jangan tinggalkan Kri, abahlahh tempat Kri mengadu susah senang. Kri tak sempat nak balas budi abah, tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya,” tulisnya lagi.

Difahamkan solat jenazah bapa Aliff akan berlangsung di Masjid Makmuniah Sg Nipah, Sg Besar, Selangor jam 10.00 pagi tadi. Terdahulu Aliff berkongsi gambar melawat bapanya di hospital.

Untuk makluman, bapa Aliff meninggal dunia kerana mengidap serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair. Manakala bapa Aliff dan ibunya telah bercerai. Takziah sekali lagi buat Aliff sekeluarga. (rtky/w)