Kecewa Lagu Bobo Dikecam, Aliff Syukri Mahu Nyanyi Nasyid Pula
Kegigihan Datuk Aliff Syukri ingin menjadi seorang penyanyi berterusan apabilan usahawan itu berhasrat untuk menyanyikan lagu nasyid pula. Jelasnya hasrat itu dibuat kerana kecewa lagu terbarunya Bobo Dimana dikecam hebat.
BACA: “Jangan Benar Anak Tengok Video Baru Aliff Syukri”
“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer. Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja”
“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah,” katanya kepada m Star Online mengenai tawaran menyanyikan lagu nasyid pula.
Selain itu isteri Aliff, Shahida yang juga salah seorang ahli kumpulan nasyid Solehah dulu memberitahu suaminya kini dalam proses bekerjasama dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang akan membuat lagu untuknya.
“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid. Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tulisnya.
Baguslah kalau Aliff dah mula menyanyikan lagu nasyid, walaupun suara tidaklah berapa lunak tapi sekurang-kurangnya menyanyikan lagu ketuhanan. Moga Aliff tidak dikecam ramai lagi selepas ini. (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
Xyah laa nk nyanyi nasyid wt rosak industri nasyid jek ko ni. Perangai x senonoh nk nyanyi nasyid adoiyai. Komposer pelacur mana yg nk jual lgu kt ko tu. Jgn lacurkan seni dgn duit anda. Duit kita boleh cari nilai seni yg ikhlas tulen kekal sepanjang zmn!