fbpx

Aliff Syukri Kongsi Rahsia Mudah Jadi Kaya Raya

Siapa yang tak kenal dengan usahawan dan jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. Rasanya ramai yang tahu banglo mewah baru milik Aliff Syukri bernilai RM20 juta.

Lihat saja kereta yang dipandu olehnya memang mewah habis. Lepas tu penampilannya dari atas sampai bawah semuanya berjenama.

Umum mengetahui, Aliff Syukri memulakan perniagaannya dari bawah dan melalui detik kesusahan sebelum bergelar jutawan.

Baru-baru ini, beliau sendiri kongsikan tips menjana dan memperlipatkan ganda duit dan pendapatan.

1. Jangan beli kereta dulu, beli rumah

Seboleh-bolehnya jangan beli kereta dahulu. Beli aset seperti rumah atau tanah terlebih dahulu. Ini kerana nilai kereta jatuh. Tidak seperti harga rumah atau tanah yang semakin meningkat harga.

2. Elakkan berhutang

Bila berhutang, paling sakit nak kena bayar interest atau pun bunga yang tinggi melambung. Paling penting jangan pinjam daripada pinjaman wang tidak berlesen.

3. Menyimpan di ASB

Hujung tahun lalu, Aliff sendiri kongsikan bahawa beliau juga menyimpan di ASB untuk melipat gandakan simpanan yang dimiliki. Rasanya semua tahu, ASB antara simpanan paling selamat dan berbaloi.

4. Berbelanja untuk sesuatu yang menguntungkan

Jika anda jenis yang suka berbelanja, pastikan anda habiskan duit untuk sesuatu yang menguntungkan seperti emas. Atau anda boleh beli rumah untuk disewakan untuk mendapat pendapatan bulanan.

5. Perlu rajin cari duit tambahan

Umum mengetahui, Datuk Aliff Syukri mula berniaga sejak di usia muda. Macam-macam kerja yang dilakukan untuk mencari duit tambahan. Tengok sekarang, walaupun dah kaya tetap sibuk untuk menggandakan lagi pandapatan beliau.

Sumber: YouTube