fbpx

Aliff Syukri Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka Dengan Betul

Sebelum ini dilihat senyap seketika daripada kontroversi, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila turut berkunjuk ke Langkawi semalam.

Namun, perkongsian Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur cara pemakaian pelitup muka usahawan itu yang dilihat hanya memakai dibahagian dagu.

BACA: Tak Nak Sia-Siakan Suara Merdu, Aliff Syukri Nak Keluarkan Lagu Baru

Menerusi video dikongsikan itu juga, kebanyakan masa Aliff membuka sedikit pelitup muka yang dipakai sehingga menampakkan hampir seluruh wajahnya.

Sedar ramai memperkatakan mengenai perkara itu, Aliff memberi penjelasan menerusi kapsyenmengatakan dia membuka pelitup muka hanya ketika hendak bercakap supaya suaranya lebih jelas dalam video.

“Pelitup muka saya pakai betul cuma ketika saya buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka kejap dan saya tutup balik,” tulisnya.

Semalam, Aliff bersama isterinya serta kru tiba di Langkawi atas urusan kerja bagi mempromosikan salah satu tempat penginapan di sana.