Aliff Syukri Cemas Isteri Menjerit Sakit, Alami Pendarahan
Umum mengetahui, baru-baru ini isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam.
Bagaimanapun, semalam perkongsian Aliff di Instagram menjadi perhatian apabila memuat naik video detik cemas isterinya mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
BACA: Aliff Syukri Tak Serik Menyanyi, Keluar Lagu Baru Tahun Depan
Menerusi video itu, Aliff berkata ketika kejadian dia sedang melakukan sesi live di media sosial dan terkejut apabila mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan.
View this post on Instagram
“Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang banyak. Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir baby dan isteri saya, awak saya sedih. Doakan yang terbaik,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff turut memaklumkan doktor memberitahu kandungan berada dalam keadaan baik dan isterinya perlu berehat selama beberapa bulan.
“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok. Cuma isteri saya kena baring je dan rehat untuk 3-5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby, sampai la uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dilahirkan.
tak takut ke tua2 mengandung. elok2 budak2 tu ada mak, tiba2 dh jadi anak yatim. ish mintak simpang la..
tua apanya? sampai beria aku google ingatkan dia dah 40an ke apa. baru 37. memang ada risiko tapi takde la sampai mati bagai. dah nama pun mengandung, melahirkan anak tu sendiri proses hidup-mati. cakap yang baik baik dah la.
sy dh ade 3ank..suami nk tmbh 1, sy xnak..sbb xnk amik risiko..sy pon dh 37thn..tkut komplikasi ape2 sbb ank no 3, ade komplikasi..dlm proses bersalin, rupanya anak melintang…nyaris2 rahim tak pecah sbb xtau anak melintang..bukaan pon dh bsr sbb push biasa…kelam kabut Dr2 nak selamatkan sy yg at last kena Czer… so,sy xnk amik risiko lg even blh pregnant 1 lg (last) sbb dh 2x czer, 1 normal….cukuplah 3org.yg last pon dh 5thn…
amboi mulut.. i’m 37 and i’m pregnant 3rd baby.. alhamdulillah.. rezeki memasing.. banyak sakit, banyak dugaan, banyak pahalanya.. haiihhhhh
dr harlina ok ja pregnant walaupun dah berumur.. Pada yang taknak bagi husband anak lagi walaupun umur belum 40 tu jaga2 ye. Jika dia tak bleh tambah anak dengan awak, mungkin dia akan tambah di cawangan lain. kehkehkehkeh.. Jangan nanti sisterhood meroyanzzzzz
Farizan hang ni betoi betoi syok kat Belut ni
Berita sampah pun nak di siarkan…