Nama usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tidak perlu diperkenalkan lagi. Mesti semua akan terbayangkan aksesori mewah, rumah mewah dan kereta mewah yang menjadi tatapan netizen di media sosial.

Namun ramai tidak tahu kejayaannya kini bukannya datang bergolek. Beliau bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan apa yang dikecapinya kini adalah hasil titik peluhnya sendiri yang bermula dari bawah.


BACA: “Minum Sirap Masa Baby, Tak Nak Anak Alami Benda Sama”


Walaupun sering dikecam netizen kerana dikatakan suka menunjuk dan riak, namun kisah kejayaannya boleh dijadikan insprasi buat anak muda diluar sana yang ingin berjaya sepertinya.



Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Aliff Syukri mendedahkan pada usia 23 tahun beliau mempunyai wang simpanan sebanyak RM5 juta.

Rata-rata pengikutnya kagum dengan kesungguhan beliau yang mahu mengubah nasib keluarga. Ada juga segelintir netizen mengatakan di usia 23 tahun masih lagi mengharapkan duit daripada ibu bapa.

 

 

Aliff Syukri juga turut memberitahu, beliau impikan 12 orang cahaya mata dan jika beliau bukan ahli perniagaan, beliau mungkin menjadi chef atau tukang jahit.

Dalam pada itu, Aliff juga menjawab persoalan mengapa beliau selalu dilihat bersama usahawan cantik, Nur Sajat. Aliff mendedahkan mereka saling mengenali sejak 15 tahun lalu dan Sajat merupakan jiran serta rakan bisnes bersama.