fbpx

Meskipun kurang aktif di Instagram, namun usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsikan aktiviti hariannya di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, Aliff ada berkongsikan video melayan pemintaan peminat yang mahu melihat ikan peliharaan paling besar yang pernah dibelanya.

BACA: Makan Di Meja Biasa-Biasa, Netizen Puji Aliff Syukri Makin ‘Humble’

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai dimana ikan perliharaannya itu yang diberi makan daging kambing dan lembu setiap hari.

“Ikan paling besar di rumah saya dan di dunia dibela di rumah saya. Pakai lesen ya guys. Ikan pirana ni dah 5 tahun dan hari-hari makan daging kambing, lembu dengan kos RM3,000 sebulan,” tulisnya.

Menerusi video berkenaan, Aliff dan pembantunya dilihat memberi makan daging kepada ikan-ikan tersebut dengan menggunakan penyepit.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terpegun dengan cara pemberian makanan kepada ikan berkenaan.

Malah, ada yang mengandaikan bahawa ikan peliharaannya itu jenis Araipama. Tidak kurang juga ada netizen berseloroh meminta Aliff membelanjanya daging kambing perap.

“Memang ikan ni makan daging..kalau awak pun saya lepaskan dalam kolam ini pun akan dimakan ikan..” katanya berseloroh.