fbpx

Aliff Syukri Bakal Lancar Lagu Raya, Ramai Tak Sabar Nak Dengar

Jika anda mengikuti Instagram Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai tahu usahawan kosmetik itu ada memuat naik beberapa klip pendek lagu rayanya berjudul Kelepuk Raya.

Menerusi satu perkongsian semalam, Aliff memaklumkan muzik video lagu tersebut bakal dilancarkan lima hari lagi di laman YouTube.

BACA: “Isteri Saya Tak Suka Barang Kemas, Satu Pun Tak Nak Pakai” -Aliff Syukri

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar untuk menonton muzik video lagu tersebut.

Sementara itu, video klip pendek MV lagu tersebut menjadi bualan ramai yang terhibur dengan gelagat penari di sisi Aliff yang dikatakan terlalu over.

Malah, ada yang berseloroh bertanyakan sama ada penari-penari tersebut okay atau tidak. Tidak kurang juga ada yang mengirik pakaian penari yang dikatakan tidak sesuai dengan lagu raya tersebut.