Pendedahan pelakon dan penyanyi Bella Astilah ternyata mengejutkan ramai apabila memaklumkan ada seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya malah mengaku tersuka dengan Aliff Aziz. 

Memetik Harian Metro, Bella berkata dia merasakan ada yang tidak kena apabila pelakon wanita itu menghubungi suaminya hampir setiap hari.

BACA: Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba ‘Sondol’ Aliff Aziz

“Saya juga menghubungi pelakon wanita terbabit dan dia juga sudah meminta maaf atas apa yang berlaku. Dia juga mengakui dirinya bodoh dan dia memang menyukai suami saya.

“Dia juga tidak berhenti menghubungi saya menerusi Whatsapp dan Direct Message (DM) dan memberitahu mahu berkawan dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata Aliff mengakui tentang gangguan orang ketiga itu dan mereka sudah pun menyelesaikan hal tersebut secara matang.

“Aliff sudah banyak berubah selepas buat ‘comeback’ dalam bidang seni berbanding dulu dan kami juga sudah berbincang secara matang untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Pada masa sama, Aliff masih terbabit dengan penggambaran bersama pelakon wanita itu dan dia juga beritahu saya boleh datang menemaninya di lokasi penggambaran bila ada kelapangan.

“Saya juga tidak mahu pisang berbuah dua kali dan kejadian dulu berulang membabitkan rumah tangga kami. Aliff juga perlu menjaga reputasinya sekarang dan saya juga sayangkan rumah tangga kami dan tidak mahu ada masalah lagi,” katanya.

×