fbpx

Aliff Aziz Tak Ingat Berapa Kali Curang, Akui Bukan Perkara Bijak

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mengakui dia tidak pernah mengira bilangan wanita yang pernah bersama sepanjang perkahwinan dengan Bella Astillah.

Sebelum ini didakwa berlaku curang sebanyak 11 kali, aliff bagaimanapun dia juga pernah bertanyakan diri sendiri mengapa masih melakukan kesilapan sama.

BACA: Aliff Aziz ‘Tangkap’ Bella Astillah Curang 13 Oktober 2023

“Secara jujur aku tak ingat pada nombor tapi untuk aku terangkan aib lama bukan perkara yang bijak. Dia (Bella) cakap apa dia nak cakap, aku takkan bantah.

“Saya tanya soalan yang sama pada diri sendiri…kenapa saya asyik terjerumus dengan perkara yang sama? Why do i keep do what i do? Saya tanya banyak kali dekat diri sendiri. Saya tak dapat jawapan itu,” katanya.

Menerusi podcast The Common Folks itu juga, Aliff turut mendedahkan sudah sebulan lebih dia tidak berhubung dengan isterinya serta anak-anak.

SUMBER: mStar Online