fbpx

Pengarah Osman Ali tidak mengetahui situasi di lokasi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah melibatkan dua pelakon utama, Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah yang dikatakan ‘dingin’ dan tidak lagi berkomunikasi.

Memetik Harian Metro, menurut sumber keduanya bekerja secara profesional demi menyiapkan baki penggambaran yang belum selesai, namun tidak lagi berkomunikasi dengan mesra seperti sebelum ini.

BACA: Drama Lakonan Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah Jadi Bualan Netizen

“Saya tiada di lokasi di Langkawi. Balik kampung sekejap. Pengarah bersama urus di sana. Saya tak tahu sebab berehat sekarang,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan drama selepas  kontroversi berkenaan, Osman berkata ianya mendapat sambutan baik daripada penonton.

“Setakat ini, sambutan baik. Respon (maklum balas) dalam media sosial pun Alhamdulillah. Cuma, saya belum dapat rating dari TV3. Mungkin ada penonton menyokong dan ada pula sebaliknya. Masing-masing berhak untuk memilih.

“Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff tetap setia memberi sokongan dan menonton drama dengan tolak ke tepi sebarang isu,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Bella mendedahkan ada pelakon wanita mengakui tersuka dengan suaminya malah wanita itu menghubungi Aliff berkali-kali.