fbpx

Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia Mulakan Hidup Baru Dengan Bella Astillah

Selepas hampir dua tahun berada di Singapura dan terpisah dengan isterinya, Bella Astillah serta anak-anak, peyanyi dan pelakon Aliff Aziz akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama semula dengan keluarganya.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Siti Hafiza menerusi Instagram yang meluahkan rasa sedih dan berat hati untuk melepaskan anaknya, namun memahami tanggungjawab besar Aliff sebagai ketua keluarga.

BACA: Akui Banyak Lakukan Kesilapan, Aliff Aziz Mahu Mulakan Hidup Baru

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya..Alhamdullilah selepas hampir dua tahun akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

“Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal, kami faham tanggungjawab dia untuk bersama keluarga lebih penting,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut mendoakan agar anaknya itu menjadi seorang insan yang lebih baik dan dapat menjaga keluarganya selepas ini.

Dalam pada itu menerusi Insta Story, Aliff ada memuat naik gambar di dalam kapal terbang memaklumkan tidak sabar untuk berjumpa anak-anak serta isteri tercinta.