Akui Banyak Lakukan Kesilapan, Aliff Aziz Mahu Mulakan Hidup Baru
Berkongsikan video anaknya, Ayden Adrean yang sangat merindukannya dan mahu ke Singapura untuk bertemu dengannya, Aliff Aziz akui perkara itu membuatkan dirinya berasa sebak dan dia perlu memperbaiki banyak perkara dalam kehidupannya.
Tidak malu mengakui banyak kesilapan yang dilakukan, Aliff berkata sebagai manusia dia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun, dia mahu memperbetulkan segalanya agar ianya tidak memberi kesan pada isteri dan anaknya.
BACA: Rindukan Bapa, Anak Aliff Aziz Meraung Nak Masuk Singapura
“Isteri saya hantar video ini, sangat sedih memikirkan masa yang memisahkan kami dan memberi kesan kepada anak pada usia kecil mereka. Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kehidupan, banyak perkara saya perlu perbaiki agar kesalahan saya tidak memberi kesan kepada isteri dan anak.
“Saya tak malu mengakui banyak kesilapan yang telah dilakukan, tapi begitulah setiap kejadian manusia biasa,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memohon maaf kepada anak-anaknya kerana gagal menjadi seorang bapa yang baik dan tidak sabar untuk bertemu dengan kedua anaknya itu.
“Kesalahan saya mengajar, ia telah memberi kesan kepada keluarga dan insan-insan tersayang. Daddy minta maaf sebab gagal jadi bapa yang baik, tetapi Daddy dah berada di landasan yang sepatutnya sekarang.
“Ayden dan adik telah membawa Daddy ke landasan baharu, tak sabar mahu jumpa kamu, Ara dan Mummy bila semua ini berakhir,” tulisnya.
Terdahulu, Aliff telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu pada pertengahan September 2020 selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
- SUMBER
- Astro Gempak
ALHAMDULILLAH… SEMOGA KALI INI BENAR2 INSAF BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN.
BILA DAPAT MASUK BALIK MALAYSIA… PANDAI2 LAH BAWAK JAGA DIRI, JAGA NAMA BAIK KELUARGA, JAGA NAMA BAIK SEBAGAI RAKYAT SINGAPURA.
?
Ngantuk nya yarabbi
Boring as usual
Wow dlm jail main insta yer?! Seronok laa..
Parpu… kan dah bgtau jail 2 mgu shj pertengahan sept hari tu… so dah keluar laa
Balik2 ckp nak berubah..tapi masi juga perangai lama….anggap penjara bole h mengajar awk menilai khidupan didunia ni, gunakan masa didunia dengan hal2 yg beguna dan manfaat pada u and family…jgn fkir u artis u bole buat apa yg u suka…artis ikon masyarakat..u patut jaga keolahan u jgn jadi penyangak…
lepas keluar tu, cari la kawan yg baik2.. sekian
Alhamdulillah hakak doakn nko istiqomah alip… Jgn sembang telo kedut nko jerk! Huntong nko dpt sibella bongsai nie!! Klau hakak la mmang aku kuis tk hinggin aku kutip org mcm nko nie!