fbpx

Aliff Aziz Dipuji Halang Bella Astilah Menari Bergelek

Sebut saja nama Aliff Aziz, sebelum ini pelakon dan penyanyi sememangnya tidak pernah lekang dengan cerita kontroversi sebelum ini.

Namun, penyanyi lagu Sayang Sayang itu kini dilihat berubah ke arah lebih baik dan sering mengikuti tabligh untuk mendekatkan diri kepada Allah.

BACA: Aliff Aziz Amal Selawat 1,000 Kali Sebelum Konsert GV8

@bellaastillah_94

Kenapa eh dia suka kacau kita ? #PinkLady #PinkLadyBellaEdition #PinkLadyXBellaAstillah

? –

Baru-baru ini, isterinya Bella Astillah ada memuat naik video di TikTok menari namun sempat di halang oleh Aliff sebelum isterinya bergelek.

Menerusi video itu turut memaparkan Aliff dilihat menolak isterinya ke tepi sebelum menunjukkan isyarat tangan ‘jangan’.

Tindakan Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu menghalang isterinya daripada terus bergelek depan orang ramai.

Malah, ramai yang mengagumi Aliff kerana menjaga batas isteri di media sosial dan mendoakan agar terus istiqamah dalam mendidik keluarga.