fbpx

Aliff Teega Tak Post Gambar Isteri Kedua Sebab Nak Jaga Hati Aisyah

Pempengaruh media sosial, Alif Teega berkata dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak memuat naik gambar isteri keduanya, Fatin Umaidah di media sosial.

Susulan itu, ada yang menuduh Alif bahawa isu kahwin dua hanya tujuan untuk marketing. Namun, Alif berkata dia enggan memuat naik gambar isteri kedua bagi menjaga hari isteri pertama, Aisyah Hijanah.

BACA: Alif Teega Bakal Lancar Lagu Bersama Aisyah Hijanah

“Kita tahu kalau ‘post’ gambar tersebut akan datang datangkan memudaratkan yang lebih besar dan akan tahu keadaan akan berlaku selepas ini serta kesannya terutamanya buat Aisyah (isteri pertama) akan terasa hati.

“Mungkin nampak Aisyah macam tenang saja macam menerima tapi dia berperang dengan perasaan sendiri, perempuan akan rasa sakit sebab tu bila ada yang cakap marketing, dia akan curiga la sebab sakit perkara ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Alif berkata Aisyah sudah beberapa kali berjumpa dengan Fatin bagi berbincang untuk mencari sepakat dalam rumah tangga dan hubungan kedua-dua isterinya baik-baik saja.

“Mereka ada berjumpa beberapa kali untuk berbincang untuk mencari kata sepakat terbaik dalam rumah tangga sebab kita tak tahu soal jodoh kerana sekarang kahwin dua jadi tak tahu selepas ini apa akan berlaku,” katanya.