Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkongsikan momen indah ketika dia berkunjung ke New Zealand bersama kumpulan The Locos.
Menerusi satu hantaran, Alif berkongsikan kenangan diberi rezeki menunaikan solat berjemaah di satu kawangan lapang berlatarbelakangkan gunung yang indah.
BACA: “Saya Tahu Batas, Tak Bersentuhan Dengan Sophia, Nelissa” – Alif Satar
View this post on Instagram
“Haritu waktu kami satu band bermusafir di New Zealand, sepanjang perjalanan ada beberapa tempat yang kami singgah, berhenti campervan dan solat berjemaah.
“Memang rezeki kami setiap kali berhenti, view dia macam ni… Masya-Allah.. breathtaking,” tulisnya.
Sementara itu, Alif sempat mengingatkan buat pengikutkan agar sentiasa menunaikan solat serta tidak dapat membayangkan mengenai keindahan di syurga kelak.
“Kalau di dunia (Dunia ni kalau celup jari dalam air laut, air yang tinggal kat jari tu pun tak sama nilai dengan akhirat) pun dah lawa, esok kat syurga macam mana? Allahuakhbar. Solat tu kunci syurga. Jangan tinggal semayang,” tulisnya.