fbpx

Alif Satar Kurang Selesa Kongsi Pengalaman Haji, Enggan Dituduh Riak

Pelakon dan penyanyi Alif Satar berkata dia kurang selesa berkongsikan pengalamannya mengerjakan ibadah haji baru-baru ini kerana enggan dituduh riak.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik BH Online, bagaimanapun Alif berkata sedikit perkongsiannya di YouTube boleh dianggap dakwah kecil buat golongan muda dan  tidak salah untuk kongsikan pengalaman berharga itu.

BACA: “Belum Pernah Ada Yang Cuba ‘Sondol’ Saya” – Alif Satar

“Saya bimbang nak cerita pengalaman, risau dikatakan macam saya seorang sahaja pernah buat haji. Namun, bila difikirkan balik, ia juga dakwah kecil. Saya akui, jauh daripada sempurna, tetapi tidak salah jika dapat mengajak orang lain melakukan kebaikan.

“Contohnya, saya didatangi peminat remaja berusia 17 tahun yang sudah mengikuti saya sejak usia 7 tahun lagi ketika mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, baru-baru ini. Jadi, saya berharap kisah inspirasi seperti ini sedikit sebanyak membekas di hati mereka,” katanya.

Sementara itu, Alif berkata meskipun sudah bergelar haji namun ia tidak menghalangnya terus berkecimpung dalam filem mahupun muzik. 

Menurutnya lagi, dia tidak pernah selektif memilih watak apatah lagi dia sudah meletakkan batasan selepas bergelar suami dan bapa. 

“Sebab itu, saya tak letak apa-apa syarat kerana sentiasa menjaga disiplin dalam pekerjaan yang dilakukan. Sebelum menunaikan haji, saya tak pernah buat perkara bukan-bukan termasuk lakonan.

“Jujurnya, saya sukakan karakter berbeza seperti antagonis, barulah dapat buktikan kemampuan sebagai pelakon,” katanya.