fbpx

Alif Satar Kurang Selesa Dipuji Fadzilah Kamsah

Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah memuji penyanyi Alif Satar memiliki keperibadian yang baginya cukup disanjunginya.

Memetik Harian Metro, Alif bagaimanapun kurang selesa apabila namanya dikaitkan dengan kisah kesengsaraan orang lain. Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial Alif Teega yang berkahwin dua.

BACA: Alif Satar Kurang Selesa Kongsi Pengalaman Haji, Enggan Dituduh Riak

Menurut Alif lagi, dia juga tidak tahu pengakhiran serta masa depannya bagaimana dan tidak patut bangga dengan pujian diberikan.

“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Alif mengakui terkejut apabila ada menerima mesej bertanyakan bila dia bernikah lain. Namun, Alif berkata ianya mengambil sebagai peringatan buat dirinya.

“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?

“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.