fbpx

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Alif Satar ada memuat naik video mengajak pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Apa yang menjadi perhatian ramai yang menyambut baik pelawaan tersebut dan turut sama memeriahkan solat Subuh berjemaah.

BACA: Alif Satar Kurang Selesa Dipuji Fadzilah Kamsah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Menurut Alif, selepas selesai solat Subuh dan kuliah mereka meneruskan dengan aktiviti sarapan bersama jemaah yang hadir.

Perkongsian Alif itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji selebriti itu dalam usaha mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Malah, netizen berkata Alif juga bijak menggunakan pengaruhnya sebagai setebriti untuk mengajak pengikutnya untuk melakukan kebaikan.