fbpx

Alicia Amin Selamat Diijabkabulkan Dengan Doktor

Tahniah kami ucapkan buat model dan pelakon seksi, Alicia Amin yang selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya hari ini.

Menerusi perkongsian Instagram, Alica dan pasangannya, Farzan yang merupakan seorang doktor diijabkabulkan dalam satu majlis serba sederhana di Masjid Saidina Umar Al Khattab.

BACA: Bapa Alicia Amin Bodohkan Netizen Persoal Agama Anak

Alicia dilihat tampil manis berhijab memakai busana berwarna putih ekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam. Alica turut memuat naik gambarnya bersama suami di Instagram serta beberapa gambar di Insta Story miliknya.

Tahniah kami ucapkan dan selamat pengantin baru buat bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima serta pasangannya Dr Farzan.