fbpx

Ali Puteh Pilih Untuk Maafkan Netizen

Pembahagian harta peninggalan abangnya, Allahyarham Abam Bocey sudah pun selesai, terdahulu Ali Puteh mengakui lega dan menerima baik keputusan yang menetapkan pembahagian mengikut hukum syarak.

Meskipun berdepan pelbagai kecaman dan hinaan netizen, Ali memberitahu dia memilih untuk tidak menghiraukan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadapnya serta memilih untuk memaafkan netizen. Baginya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu tentang yang tahu perkara sebenar.

BACA: Genap 9 Bulan Meninggal Dunia, Abam Bocey Datang Dalam Mimpi Ali Puteh

“Hari ini 10 haribulan. Genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik.

“Mereka tidak tau apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tau. Maafkan jela mereka-mereka semua yang hina kita,” tulisnya.

Selasa lalu, Ali memuat naik perkongsian mendedahkan arwah abangnya, Abam Bocey datang dalam mimpinya. Ali berkata abangnya hanya tersenyum dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada awal pagi 10 Februari. Abam meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah.