Meskipun sudah sembilan bulan berlalu, pelawak Ali Puteh memaklumkan masih ramai yang datang menziarahi pusara abangnya Allahyarham Abam Bocey. Malah, Ali berkata pusara abangnya juga sentiasa bersih.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menurut Ali kasih sayang terhadap abangnya tetap utuh meskipun pelbagai kecaman dan hinaan diterima sejak pemergian arwah. Baginya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu tentang yang tahu perkara sebenar.
BACA: “Bahaya Betul Buat Muka Kesian Konon-Konon Baik”
“Hari ini 10 haribulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik.
“Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sahaja mereka-mereka semua yang hina kita.,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Ali turut memberitahu dia didatangi arwah dalam mimpinya pada Isnin lalu. Ali berkata abangnya hanya tersenyum dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.
“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau, semoga tenang disana ya bang. Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya dekat sana,” tulisnya.