fbpx

Ali Puteh Bengang Dengan Aliff Syukri, Cabar Untuk Bersemuka

Meskipun sudah seminggu pemergian Allahyarham Abam Bocey, masih ada sahaja cerita tentang kebaikan arwah ketika hayatnya masih didengari. Namun, sejak semalam ada cerita kurang sedap didengar mengenai keluarga arwah.

Perkara itu didakwa berpunca daripada satu sesi temubual menerusi Facebook Live yang dilakukan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang melawat balu arwah Abam iaitu Noor Hidayah.

BACA: “Dia Belanja Makan Satu Kedai, Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Negeri”

Namun ada yang menimbulkan rasa kurang netizen apabila Aliff bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta yang ditinggalkan arwah. Video tersebut turut mendapat perhatian Ali Puteh yang merupakan adik kepada arwah Abam.

Bengang dengan soalan yang tidak sepatutnya ditanya kepada balu arwah, Ali mencabar agar Aliff bersemuka dengannya serta menyifatkan usahawan tersebut ingin mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku pada keluarga mereka.

Sebelum itu, status Ali Puteh mengejutkan ramai apabila dia memuat naik satu posting di Instagram berkaitan harta. Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian itu, malah ada yang menyangkakan akaun Instagram Ali digodam, bagaimanapun posting itu kemudian telah dipadamkan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen tindakan Aliff dilihat seolah tidak menghormati isteri arwah Abam yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Malah, ada yang mengatakan usahawan itu sanggup berbuat demikian terdesak untuk mendapatkan tontonan tinggi dan keuntungan dari YouTube.