fbpx

Model telefon pintar realme 7 Pro yang dilancarkan September lalu nyata tidak mengecewakan peminat jenama ini. Dengan spesifikasi kamera 64 Megapixel dengan sensor Sony IMX682, ini adalah jawapan jika anda tercari-cari telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan.

Kalau ciri filter kamera unik mungkin selalu kita dengar pada sesuatu model telefon pintar terbaru, realme 7 Pro pula berada pada aras berbeza dengan memperkenalkan AI Color Potrait Video.

AI Color Potrait Video menjadikan sebahagian potrait berwarna manakala baki bahagian lain bertukar-tukar pelbagai tona warna kelabu. Cool kan? Dengan ciri ini, subjek atau orang di dalam video akan menjadi fokus, sekaligus menjadikan kesan visual sinematik yang unik untuk dirakamkan.


Night Filter Untuk Gambar Menarik Tak Kira Masa

Bagi memberi kebebasan kepada pengguna mengambil gambar tanpa mengira masa, siang atau malam yang mempunyai cahaya terhad, realme 7 Pro juga turut mempunyai Night Filter untuk digunakan iaitu Flamingo, Cyberpunk dan Modern Gold.

Flamingo

Cyberpunk

Modern Gold

Fungsi Night Filter ini memberikan nafas baru kepada pengguna untuk terus bereksperimentasi dengan kuad-kamera 64MP yang pada kebiasaannya bergantung kepada sensor kamera. Kecanggihan sensor Sony IMX682 yang terbina untuk model ini menjanjikan hasil gambar mengagumkan. Macam photographer profesional!

Starry Mode

Tidak hanya Night Filter, bagi mereka yang berminat merakamkan keindahan bintang-bintang di angkasa, ada ciri khas pada realme 7 Pro ini iaitu Starry Mode. Dibangunkan secara eksklusif di realme, ciri ini menggunakan algorithm AI dengan ultra-long exposure serta multi-frame synthesis bagi menyerlah kejelasan dan keterangan bintang, menjadikan gambar terhasil sempurna bak jurugambar handalan.


Hasil kajian terperinci, realme telah memilih 4 kayu ukur terpenting fotografi iaitu masa shutter, sensitiviti ISO, jarak fokus dan white balance. Semuanya diambil kira bagi membantu anda menghasilkan gambar angkasa berbintang paling menawan.

Dengan spesifikasi menarik dan lain dari yang lain, sukar untuk berkata tidak bagi realme 7 Pro ni kan? Berita baik untuk anda, kini boleh dapatkan realme 7 Pro secara online hanya dengan klik DI SINI. Atau mahu cuba sendiri model ini, boleh ke store realme berhampiran anda sekarang!

realme Academy Untuk Tutorial Penggunaan


realme bakal memperkenalkan realme Academy, siri video pendek tutorial yang memberi highlight mengambil gambar dan video menggunakan smartphone terbaru jenama ini. Subscribe channel ini untuk tidak ketinggalan video terbaru.

Banyak tips dan tricks akan diajar nanti, bukan senang hendak dapatkan semuanya dari realme sendiri. Rugi kalau tak subscribe channel realme Academy DI SINI.