Hampir empat tahun menanti, hasrat Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila pelakon itu memaklumkan mengalami keguguran semalam.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya. Menurut Abil, dia mengalami pendarahan teruk dan apabila membuat pemeriksaan kandungannya disahkan gugur.
BACA: Sudah 3 Tahun Tak Jumpa, Nabila Huda Akui Rindu Bapa
“Saya sebenarnya ingin berkongsi satu rahsia kepada semua iaitu baru-baru ini saya telah disahkan hamil selepas empat tahun menanti.
“Namun begitu, saya telah mengalami pendarahan yang teruk sehingga ke hari ini (Isnin) dan apabila saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, kandungan saya telah disahkan gugur,”tulisnya.
https://www.instagram.com/p/Bvte6QNlX5B/?utm_source=ig_embed
Mengakui sedih kerana tidak dapat menimang cahaya mata kedua, bagaimanapun Nabila Huda reda dengan segala ketentuan Allah dan mungkin belum masanya lagi untuk dikurniakan rezeki tersebut.
“Ketika mula-mula mendapat tahu saya positif hamil, kami sekeluarga sangat gembira namun mungkin bukan rezeki lagi untuk saya dan suami menimang cahaya mata.
“Tidak mengapa, saya akan gunakan masa ini untuk terus berbulan madu dahulu sepenuhnya,”ujarnya.
Nabila dan suaminya, Mohd Izwan Johar mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 selepas dua tahun berkenalan. Nabila turut mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 9, hasil perkahwinan pertamanya.