Malang tidak berbau apabila penyanyi, Saleem dimaklumkan mengalami kemalangan semalam. Isteri Saleem, [email protected] Julia Bachok memberitahu, Saleem parah dengan 12 tulang rusuk patah dan satu tertusuk di pari-paru.

“Memang betul Abang Saleem kemalangan semalam dan kini dirawat di Hospital Kajang. Dia parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru, namun keadaannya stabil”


“Abang naik motosikal untuk ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang. Tak sangka kejadian ini menimpanya. Diharapkan peminat mendoakan agar keadaan Abang kembali pulih,” jelasnya.

Terdahulu sekeping gambar Saleem menerima rawatan tular membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai keadaan penyanyi itu. Menurut Juriah, beliau sendiri tidah tahu bagaimana gambar tersebut tersebar.

Semoga Saleem dapat pulih seperti biasa dan semoga isteri Saleem juga kuat mengharungi dugaan besar ini. Mujurlah kini keadaan Saleem sudah stabil dan harapnya dapat pulang ke rumah tak lama lagi. (rtky/w)