fbpx

Baru-baru ini, pelawak Shuib dan Mamat Sepah muncul dalam video Pak Mat Western serta menjadi agen menjual jenama kambing kerap popular itu menjadi perhatian ramai.

Dalam video itu turut menjadi perhatian apabila ada babak dimana seorang lelaki membeli tiga pek kambing perat sambil berkata ‘kamping perap pun bertiga eh’ sebelum berlalu pergi.

BACA: Shuib Dedah Mamat Khatam Al-Quran Setiap Kali Ramadan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Turut kelihatan raut wajah Shuib dan Mamat yang pada awalnya gembira apabila jualan kambing perap mereka laku terus berubah..

Diakhir video itu juga, memaparkan Shuib terbeli tiga kotak makanan sedangkan hanya dia dan Mamat sahaja berada di meja berkenaan. Malah, Mamat turut bertanyakan ada sesiapa yang akan datang makan bersama.

“Ada orang nak datang ke Shuib? Ni sampai tiga kotak, air pun tiga,” soal Mamat 

“Aku terbeli tiga, terpulang lah siapa nak datang Mamat, kau makan jelah,” kata Shuib.

Malah, pada babak tersebut turut dimainkan lagu Musafir Rindu dari Ramli Sarip yang pernah dinyanyikan rakan mereka, Jep Sepahtu.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat babak akhir video tersebut serta berharap ketiga-tiga mereka kembali bersatu semula. Malah, ramai yang rindu untuk melihat kumpulan Sepah beraksi di satu pentas.