“Aku Kembali Di Dunia Sebenarku” – Malique

Kemunculan penyanyi rap terkenal, Malique Ibrahim diTikTok dan Instagram sekaligus mengejutkan ramai peminat apatah lagi sekian  lama menyepi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Malique atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim, memuat naik gambarnya di studio rakaman dengan kapsyen penuh makna.

BACA: Sekian Lama Menghilang, Foto Malique Too Phat Tersebar

Kapsyen tersebut seolah menyatakannya bakal membuat kemunculan semula dalam bidang muzik.

“Aku kembali di dunia sebenarku,” tulisnya.

Sementara itu, baru saja dua hari Malique membuka membuka akaun Instagram, pengikutnya sudah mencecah lebih 90,000 pengikut. Namun, hasil tinjauan Malique tidak memuat naik sebarang foto memaparkan wajahnya di Instagram.

Kemunculan Malique di media sosial menjadi bualan ramai apatah lagi penyanyi rap itu selesa bekerja di belakang tabir selepas pembubaran Too Phat pada 2007.