fbpx

Aksi Neelofa Makan Bersama Pelajar Tahfiz Curi Perhatian Netizen

Bukan saja cantik dan merupakan wanita berkerjaya, pasti ramai tahu ini bukan kali pertama pelakon dan pengacara, Neelofa melakukan aktiviti kebajikan secara diam-diam mahupun bersama peminatnya atau pun tidak.

Sebelum ini, pengasas jenama Naelofar itu turun padang membantu 10 keluarga susah. Malah, Neelofa juga gemar membantu mereka yang memerlukan pertolongan secara langsung atau pun tidak langsung.

BACA: Neelofa Artis Malaysia Pertama Tercalon Influencer Awards 2019 Monaco

Seperti baru-baru ini menerusi Twitter, Neelofa memberikan kata-kata semangat dan ucapan buat pasukan Caklempong ASis yang akan mewakili Malaysia di The 5th International Hong Kong Music Festival.

Terbaru, foto Neelofa makan bersama pelajar tahfiz menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, setakat ini usaha untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada pihak Neelofa mengenai kunjungannya itu tidak berjaya.

Meskipun sering mendapat kritikan di media sosial, namun ramai yang mengagumi sifat Neelofa yang suka membantu mereka yang memerlukan dalam diam.