fbpx

Akim Ahmad, Stacy AF Impikan Bulan Madu Di Eropah

Bagi pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pagi tadi Shangri-la Tg Aru Resort, Kota Kinabalu, pasangan pengantin baru, Akim Ahmad dan juga Stacy AF mengidamkan untuk berbulan madu di Eropah namun masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya seni pula.

BACA: Akim Ahmad, Stacy AF Selamat Diijabkabul

“Saya dan Stacy merancang untuk mengelilingi Eropah sebagai ‘backpacker’ (pengembara beg galas). Duduk minum menikmati kopi bertemankan pandangan menarik. Namun buat masa ini, kami berdua sibuk dengan kerjaya seni masing-masing”

“Saya masih memikul tanggungjawab membantu dan mendidik dua protege dalam program Mentor Milenia,” katanya dipetik daripada BH Online. Sementara itu, Stacy dan Akim juga menjelaskan mereka tidak mempunyai perancangan mengenai cahaya mata.

“Kami tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai zuriat dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Sebenarnya, ada pelbagai permintaan daripada kedua-dua belah pihak mengenai seramai mana anak yang diinginkan,” jelas Stacy yang mengakui anak angkatnya, Bella turut sama gembira dengan perkahwinan itu. (rtky/s)